Monday 27 July 2015






PRAKATA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seantero di alam maujud ini.Moga kalian sihat aman makmur sejahtera hidupnya.Terus melemparkan senyuman tanpa mengira senyum kambing,senyum seposen,senyum tak ikhas dan segala jenis senyum agar yang lain turut merasainya.Baru semua bahagia."Menyebarkan arus positif agar yg lain merasa tempiasnya".Cukup Permainan Kata,ini wadah untuk semua.Hasil mandat yg diberi,maka ini Hasilnya.Moga membantu.-Sekian..


 PENDAHULUAN.

Ramai di kalangan kita mengetahui akan wujudnya undang-undang Syariah di negara kita yang pada dasarnya dijalankan prosidingnya oleh Mahkamah Syariah. Namun ramai yang menyangka bahawa undang-undang Syariah itu hanya bersangkutan dengan perkara-perkara Munakahat semata-mata iaitu nikah-kahwin, cerai-rujuk, hak-hak barkaitan selepas perceraian untuk orang-orang Islam dan tidak lebih dari itu.

Undang-undang Syariah ini sesuai dengan fitrah semulajadi kita tidak kira tempat dan masa. Tujuannya diperturunkan dan disyariatkan tidak lain adalah untuk kita manusia beriman dan beramal dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Firman Allah S.w.t lagi :

“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan juga bagi perempuan yang mukminah apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada pula pilihan yang lain dari mereka”
Justeru itu, undang-undang Syariah ini jelas meliputi seluruh kehidupan kita manusia iaitu dalam bidang Ibadah, Muamalat (urusan perniagaan), Munakahat (urusan perkahwinan), Wasiat dan Perwarisan, Jenayah, Pemerintahan, Perhubungan manusia dan lain-lain lagi. Allah S.w.t menetapkan undang-undang ini untuk menjaga Maqasid Al-Syariah (maksud-maksud Syariah) itu sendiri iaitu lima (5) perkara yang sangat penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan umat manusia seperti 1) Menjaga Agama
2) Menjaga Nyawa 3) Menjaga Akal 4) Menjaga Keturunan 5) Menjaga Harta

Namun dari segi perlaksanaan, kita di Malaysia adalah tertakluk dan menerimapakai Undang-undang Perlembagaan Malaysia yang menjadi teras dan dasar perundangan utama. Tidak dapat dinafikan bahawa undang-undang Syariah di Malaysia hanya terbatas setakat beberapa perkara terutamanya hal-hal Munakahat orang-orang Islam dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya. Itupun setelah diberikan sedikit ruang dengan adanya pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Malaysia dengan menambah Fasal (1A) Perkara 121 tersebut pada tahun 1988. Sebelum 1988, semua perkara berkaitan adalah boleh juga dibicarakan di bawah bidang kuasa Undang-undang Sivil dan selalunya memberikan satu keputusan yang bercanggah kerana penghakiman tersebut dibuat berdasarkan undang-undang sivil. Perkara 121 (1A) antara lain menyebut: “Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal 1 {Perkara 121 (1) iaitu Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Sabah dan Sarawak} tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah”


 

MAHKAMAH SYARIAH VERSUS MAHKAMAH SIVIL BERASASKAN PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

 KES INDIRA GHANDI

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menegaskan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa “Mahkamah Tinggi Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang Kuasa Mahkamah Syariah”, yang memberi maksud keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh disentuh atau digugat oleh Mahkamah Sivil.

Presidennya, Musa Awang, berkata keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Lee Swee Seng yang membatalkan pengislaman tiga anak M Indira Gandhi dan Muhammad Ridzuan Abdullah tidak memberi kesan kepada hak penjagaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada April 2009 yang memberi hak penjagaan tiga beradik itu kepada Mohd Ridzuan.

Katanya, keputusan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan Indira hanya menyentuh aspek prosedur yang mungkin tidak dipatuhi, tetapi tidak bermaksud pengislaman kanak-kanak itu tidak sah dari segi undang-undang dan hukum Syarak.
“Semakan kehakiman adalah daripada segi prosedur. Keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi belum muktamad kerana perkara ini masih terbuka kepada rayuan dan keputusan mahkamah yang lebih tinggi.

“Saya bersetuju satu rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh itu. Ini kerana dalam penghakiman itu terdapat suatu isu baru yang perlu diputuskan oleh mahkamah lebih tinggi.

“Permohonan yang difailkan Indira ialah permohonan semakan kehakiman terhadap prosedur kemasukan Islam di jabatan agama Islam, sama ada mematuhi kehendak undang-undang atau tidak,” katanya dalam satu kenyataan khas kepada The Malaysian Insider.

Musa berkata, isu baru yang perlu diputuskan mahkamah lebih tinggi ialah sama ada pengislaman tiga anak berkenaan mengikut perlembagaan dan hak asasi kerana tidak dilakukan di hadapan ibu dan anak-anak.

Minggu lalu, bekas suami Indira, Muhammad Ridzuan berkata, beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membatalkan pengislaman ketiga-tiga anaknya.

Peguam kepada Muhammad Ridzuan, Hatim Musa mengesahkan menerima arahan itu daripada anak guamnya yang tidak hadir ke mahkamah ketika hakim memberikan keputusan.

Swee Seng dalam penghakimannya selama 1 jam 40 minit menetapkan perakuan memeluk Islam ke atas ketiga-tiga anak Indira Gandhi iaitu Tevi Darsiny, 16, Karan Dinish, 15, dan Prasana Diksa, 5, sebagai terbatal dan tidak sah.

Beliau berkata, pengislaman itu turut tidak mengikut Perlembagaan kerana bertentangan dengan keadilan asasi ekoran pendaftaran itu tidak dilakukan di hadapan Indira dan anak-anaknya.

Swee Seng berkata, di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 menghendaki anak-anak Indira hadir untuk mengucapkan dua kalimah syahadah sewaktu pendaftaran pengislaman itu dilakukan.
Indira, seorang guru tadika, berkahwin dengan K Patmanathan kini 20 tahun dahulu mengikut ritual Hindu.

Enam tahun selepas perkahwinan, pada 11 Mac, 2009, suaminya memeluk Islam dan menukar nama kepada Muhammad Ridzuan.

Sebulan selepas itu, beliau menukar agama ketiga anak-anaknya di Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam, Ipoh, Perak.

Penukaran agama itu tanpa pengetahuan Indira.

Pada bulan sama, Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak kepadanya.
Mereka akhirnya bercerai dan suaminya mengambil anak bongsu yang berumur setahun bersamanya.
Indira kemudiannya ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anak kepada ayah dan pada Julai 2010, beliau menang kes walaupun terdapat bantahan keras Peguam Negara.

Walaupun menang, suaminya tidak memulangkan anak perempuan bongsu mereka.– 2 Ogos, 2013.

MAHKAMAH SYARIAH TERBAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN:

1. PERKARA-PERKARA MAL (SIVIL) MAHKAMAH SYARIAH 

a) Pertunangan, nikah cerai, membatalkan nikah atau perceraian atau pembubaran nikah kehakiman.
b) Tuntutan ke atas hartabenda atau pemberian harta benda yang berbangkit daripada perkara (a) di atas.
c) Nafkah orang-orang di bawah tanggungan, anak yang sah, penjagaan atau pemeliharaan anak-anak.
d) Pemberian inter-vivos, harta sepencarian, wakaf atau nazar
e) Perkara lain yang diberi kuasa tadbir kepadanya oleh mana-mana undang-undang yang berkanun.

2. PERKARA-PERKARA JENAYAH MAHKAMAH SYARIAH

a) Kesalahan-kesalahan matrimoni seperti menganiaya isteri dan tidak taat kepada suami.
b) Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan hubungan tidah sah di sisi syarak seperti persetubuhan haram, sumbang mahram pelacuran dan khalwat
c) Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan aspek ibadah dan iman seperti tidak sembahyang Jumaat, tidak berpuasa dan tidak membayar zakat dan fitrah
d) Kesalahan-kesalahan menjual dan membeli minuman keras
e) Kesalahan berhubung dengan pertukaran agama iaitu tidak melaporkan, mendaftar masuk atau keluar dari agama Islam dan kesalahan berkaitan pengambilan anak angkat.
f) Lain-lain jenis kesalahan selain daripada kategori di atas
.


BAHAGIAN-BAHAGIAN DI BAWAH MAHKAMAH SIVIL:



JENIS-JENIS HUKUMAN SEBAT YANG MEMBEZAKAN MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH SIVIL.

  
Cth : Sebatan Sivil
 Cth : Sebatan Syariah


KEDUDUKAN MAHKAMAH SYARIAH

1 Mahkamah Syariah negeri ditubuhkan mengikut Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam negeri
2 Mahkamah Syariah hanya membicarakan kes sivil dan kes jenayah bagi orang-orang Islam.

Bidang Kuasa sivil Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes sivil yang berikut:
(a) pertunangan
(b) matrimoni (perkahwinan, perceraian, nafkah)
(c) hak terhadap anak
(d) wakaf dan warisan harta pusaka

Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes jenayah yang berikut:

(a) kesalahan matrimoni (berkahwin lebih daripada empat orang isteri)

(b) tidak membayar fitrah dan zakat (Baitulmal)

(c) kesalahan mengambil anak angkat

(d) persetubuhan haram/berzina

(e) tidak berpuasa

(f) berjudi

(g) jualan minuman keras

(h) menyebarkan agama

(i) berkhalwat

(j) menyertai pertandingan ratu cantik/memakai pakaian yang menjolok mata

Kakitangan Mahkamah Syariah
Mahkamah Rayuan Syariah

>Ketua Hakim Syariah  

- rayuan didengar bersama-sama suatu panel

- anggota panel terdiri daripada hakim mahkamah awam dan hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri-negeri yang lain.


Mahkamah Tinggi Syariah
>Hakim Mahkamah Tinggi Syariah 

>Pegawai Pemeriksa Hal-ehwal Agama

>Pendakwa Agama


Mahkamah Rendah Syariah
> Hakim Mahkamah Rendah Syariah 

> Pegawai Pemerksa Hal-ehwal Agama

> Pendakwa Agama


Bidang Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah 

1. Mahkamah Tinggi Syariah boleh mengenakan hukuman yang berikut:
(a) Kes Jenayah

i penjara tidak melebihi tiga tahun

ii denda tidak melebihi RM5 000

iii merotan tidak melebihi enam sebatan

iv kombinasi mana-mana hukuman di atas

(b) Kes Sivil

pertikaian melebihi RM50 000




2. Mahkamah Rendah Syariah boleh mengenakan hukuman yang berikut:
(a) Kes Jenayah

i penjara tidak melebihi enam bulan

ii denda tidak melebihi RM1 000

(b) Kes Sivil

perikaian tidak melebhi RM50 000

KESIMPULAN.

Perbincangan memperlihatkan tidak ada percanggahan dan konflik di antara bidang sivil dan syariah. Bidang sivil mempunyai hak dan kuasa secara luas, manakala mahkamah syariah mempunyai hak dan bidangnya yang tersendiri yang tidak boleh dicampur tangan oleh pihak sivil.
Persoalan yang berhubung dengan bidang perundangan Islam hendaklah diurus di bawah bidang syariah.. Orang bukan Islam tidak dipaksa ke mahkamah syariah, mereka boleh memberi kerjasama membantu melicinkan perjalanan mahkamah syariah seperti memberi keterangan dan sebagainya.
Sebaliknya orang bukan Islam tidak boleh membawa persoalan yang berhubung dengan mahkamah syariah ke mahkamah sivil. Adalah tuduhan yang melulu dan tidak berasas jika dikatakan mahkamah syariah memberi keadilan kepada penganut Islam semata-mata..
Sesungguhnya memahami adalah lebih baik dari memusuhi. Pepatah ada mengatakan, `Manusia itu Memusuhi apa yang tidak diketahui`.
 
LAMPIRAN.





RUJUKAN
NOT DONE YET ! STAY TUNED ^^